Monday, January 16, 2012

produk nie pun banyak permintaan...

harinie nak post skit tentang produk NUTRIGAMAT GOLD..BARU2 nie ramai plak yang order selain LUMIGLOW... 2 pasal terdetik kat hati nak SHARE dengan kawan2 kat sini...

Harga : RM79.80 (SM) / RM87.40 (SS)
20 Tubes 
POS FREE


TENTU KAWAN2 NAK TAHU... KEISTIMEWAAN DAN KANDUNGAN PRODUK NIE KAN....

Gamat – Warisan Malaysia
Gamat adalah salah satu khazanah terhebat yang tersembunyi di dasar laut. Bagi penduduk tempatan ia merupakan satu anugerah Tuhan di mana khasiat perubatannya amat menakjubkan.
NutriGamat Gold
Kombinasi Ramuan Penyembuhan Gamat Emas dan Faedah Kesihatan Buah Black Currant.
NutriGamat Gold merupakan produk yang dikaji secara intensif, ianya dapat memberikan sifat penyembuhan yang terdapat pada gamat emas dan khasiat kesihatan yang banyak daripada buah black currant.
Nutri Gamat Gold terdapat dalam bentuk sachet dan mudah digunakan serta dibawa ke mana-mana. Formula yang unik ini bukan sahaja menjana sel tubuh serta meningkatkan khasiat kesihatan dan tenaga, malah mempunyai rasa yang sungguh enak.
Nutri Gamat Gold secara eksklusif diperbuat daripada 100% Golden Gamat asli yang telah pun terbukti mempunyai khasiat seperti berikut:

  » Meningkatkan sistem imunisasi
  » Menjana tumbesaran tubuh yang sihat
  » Membina gigi dan tulang yang sihat
  » Merangsangkan kecantikan kulit
  » Mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan selera makan

Black Currant kaya dengan sumber antioksida. Ia mempunyai 4 kali ganda lebih vitamin C yang terdapat pada buah oren dan juga mempunyai lebih kalium daripada buah pisang. Buah beri yang berwarna gelap ini adalah baik untuk:

  » Mencegah batuk dan selsema
  » Meningkatkan fungsi dan kesihatan otak
  » Mengekalkan kesihatan mata dan Penglihatan
  » Memperbaiki kesihatan salur kencing dan mencegah dari jangkitan kuman
  » Mengekalkan kesihatan tisu tubuh badan
NutriGamat Gold mempunyai rasa yang lazat dengan pelbagai khasiat kesihatan yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada mereka yang mementingkan kesihatan serta fungsi tubuh yang lebih baik.


Timun Laut / Gamat
Timut laut atau lebih dikenali sebagai Gamat bagi penduduk tempatan merupakan salah satu khazanah terhebat yang tersembunyi di dasar laut. Ada yang menggelarnya sebagai ginseng laut. Terdapat lebih 1100 jenis timun laut di seluruh dunia. Malaysia mempunyai lebih 40 jenis timun laut yang terdapat di Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kini Malaysia menjadi sebagai peneraju industri Gamat bagi kegunaan serta penyelidikan dan pembangunan yang intensif.
Gamat mempunyai pelbagai jenis warna tetapi Gamat berwarna kuning keemasan (dikenali sebagai nama saintifiknya stichopus hermanii) yang mempunyai nilai terapeutik yang tertinggi. Keupayaan gamat dalam penyembuhan adalah sangat menakjubkan. Sejak dahulu lagi, ia telah digunakan sebagai ubatan tradisional bagi merawat lecur, luka, kecederaan dalaman, kecederaan otot dan tisu wanita selepas bersalin agar senantiasa kelihatan cantik dan angun. Ia boleh digunakan pada seluruh tubuh badan serta penjagaan rambut, muka dan kulit.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea, telah terbukti bahawa Gamat dapat membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi, asma, sakit sendi, kecederaan, kencing manis dan pelbagai penyakit lain. Ujian dari Universiti tempatan seperti UKM juga membuktikan keupayan Gamat dalam membantu mengecutkan rahim, meningkatkan fungsi salur darah sistem kardiovaskular, mengimbangkan tekanan darah, menyembuh luka serta bertindak sebagai agen anti-bakteria dan fungus.

Profesor Dr. Ridzwan Hashim ialah orang yang membuat penyelidikan terhadap Gamat dan beliau juga digelar sebagai “Bapa Gamat”. Penyelidikan yang dilakukan oleh beliau telah menyumbang terhadap perkembangan industri Gamat sejak tahun 1983. Terbitan buku-buku Gamat beliau telah menjadikannya sebagai Tokoh yang terpengaruh di seluruh dunia.
Kajian serta penyelidikan beliau telah diuji dan terbukti bahawa Gamat berfungsi:
  » Sebagai penahan sakit
  » Menyembuh masalah sendi
  » Mengelakkan salur darah tersumbat
  » Mencegah pengecutan otot perut
  » Meningkatkan penghasilan sel-sel darah putih
  » Membantu mencegah masalah gastrik
  » Membantu merawat masalah kencing manis, asma, alahan, kesakitan, luka dan lain-lain
  » Mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-fungus serta anti-kanser
  » Sebagai agen antioksida yang hebat


No comments:

Post a Comment